Selasa, 2 November 2010

PENGENALAN TENTANG IMAM NAWAWI R.A.H

بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله،نحمده ونستعينه ونستغفره،ونعوذ بالله من شرور أنفسنا،ومن سيئات أعمالنا،ونشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له،ونشهد أن محمدا عبده ورسوله
    Di sini saya ingin menceritakan sikit tentang pengenalan kpd Al-imam nawawi r.a.h.Siapakah nama sebenar beliau.Lahir di mana?membesar  dimana dan sebagainya?Beliau merupakan salah seorang idola sya dari segi kehebatan ilmunya.terutamanya dalam bidang hadis dan fikih.kalo tidak dapat kesemua ilmunya,sebahagian dari ilmu beliau pn dah cukuplah.tambah2 lagi kita umat yang hidup di zaman yang penuh dengan fitnah ini.Dan kelemahan diri kita sendiri.Adakah kita ni sentiasa solat fardu berjemaah?percakapan kita,muamalat kita,amalan harian kita adakah selari dengan ilmu yang kita belajar?sama2lah kita muhasabah..semoga Allah golongkan kita dikalangan para ulama dan auliya.amin..!!!

    *NAMA BELIAU DAN NASABNYA
   Nama beliau ialah yahya bin syarf bin muri' bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumu'ah bin Hizam Annawawi rahimahullah.Nawawi ini adalah dinasabkan kepada tempat kelahirannya di sebuah kampung daerah Hauran di Syiria.Ada juga gelaran beliau ialah Muhiyuddin yang bermaksud 'penghidup agama' walaupn ada yang mengatakan beliau tidak suka dengan gelaran tersebut sebab katanya,agama tidak perlukan kepada sesiapa pn hendak berkembang dan terjaga.Akan tetapi manusialah yang perlukan agama.Kuniah beliau adalah Abu Zakaria.Beliau merupakan Syaikh Islam Al-Hafiz Muhaddis dan merupakan ulama fuqahak yang hebat dalam mazhab Assyafie pada zamannya.

    KELAHIRAN DAN PEMBESARANNYA
  Beliau dilahirkan pada bulan Muharram thn 631 hijrah di sebuah perkampungan yang bernama 'NAWA' di syiria dikalangan ibu bapanya yang soleh.Dia mula menghafaz quran pada umurnya 10 thn dan belajar ilmu fekah dengan sebahagian ulama di sana.
  KEHIDUPANNYA DENGAN ILMU
  Pada tahun 649hijrah,beliau bersama ayahnya ke damsyik untuk mendalami lagi ilmu di sebuah madrasah darul hadis .Dan dia tinggal di madrasah Arrawahiyah yang berdekatan dengan masjid Umawi disebelah timur.Dab pada tahun 651 hijrah,beliau bersama ayahnya menunaikan ibadat haji dan setelah selesai beliau menunaikan haji,beliau pulang kembali ke damsyik.
  ANTARA KARYA-KARYA BELIAU YANG MASYHUR
  1. HADIS ARBA'IN ANNAWAWIYAH
  2. TIBYAN FI ADAB HAMLATIL QURAN
  3. MINHAJ TOLIBIN
  4. KITABUL MAJMUK SYARAH KPD MUHAZZIB
  5. RIYADHUSSOLIHIN
  6. SYARAH SOHEH MUSLIM
  7. AL-AZKAR
  8. BUSTANUL ARIFIN
  9. TAHZIBUL ASMA' WA LUGHAT(dalam bidang bahasa)
  KEWAFATAN BELIAU
Beliau meninggal dunia pada 24 rejab 676 hijrah akibat diserang penyakit di perkampungan beliau iaitu NAWA.Ramai dikalangan kaum muslimin pada zamannya yang kenal akan sifat baik dan kewarakkan beliau sedih apabila mengetahui kewafatan beliau.Semoga Allah melimpahi rahmat yang luas kepada beliau,dan kita dapat mengambil manfaat daripada peninggalan 'harta pusaka' beliau.amin!!harta pusaka para ulama bukanlah harta kewangan tetapi adalah ilmu yang menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat..

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
jitra, kedah, Malaysia
奉至仁至慈的真主之名。 Seorang penternak arnab dan pada masa yang sama jangan lupa tujuan kita dihantar ke dunia ini sebagai hamba Allah dan diamanah untuk mentaati perintahNYA dan rasulNya seterusnya mengajar manusia kepada kebaikan dan menegah kemungkaran...MEnuntut ilmu demi menegakkan syiar islam dan memperbaiki diri...